Tuesday 31 March 2015

Tutorial Letak Lagu Dalam Blog untuk Newbie

Holla holaa. apa khabar semua!


akhirnya setelah sekian lama tak buat tuto, harini nak buat tuto "Cara Letak Lagu Dalam Blog"


kita terus ke tutorial okay, tak nak bebel pepanjang cam seploh tahun tak bercakap.


First of all korang kena klik SINI


Keluar macam ni kan? korang pilih skins yang korang suka then click NEXT .


dah tekan Next?

 
now, korang kena edit playlist pulak

 
untuk URL lagu tu, saya just ambil dari Youtube sahaja. caranya korang right click pada video title dan click "Copy Link Address". macam ni.


Then korang paste je lah kat ruangan "Song URL" tu.




 okay sekarang korang boleh isikan Song Title (nak tulis nama korang ke apa-apa pun boleh) . korang nak masukkan banyak-banyak lagu pun boleh , tapi nanti blog korang lambat loading padan muka. HAHAHA


Then click "NEXT" lagi.
dah sampai part ni, korang kena setting sendiri mengikut pilihan korang


kalau dah siap, click "Done"




Copy semua kode HTML macam gambar di atas.


Then, korang login blogger > layout > Add a Gadget


click "HTML/JavaScript", dan paste je semua kode tadi.


Then, tekan SAVE.


Jadi tak? kalau tak jadi, silakan bertanya di ruangan komen ye :)

Saturday 28 March 2015

Jangan Takut Lepaskan Dia Pergi & Ikhlaskan Perpisahan Itu




Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.
Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.
Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.
Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”

Ya, menyayangi tidak semestinya memiliki.

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.
Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi ?
Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.
Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia ? Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?
Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.
Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.
Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”
Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?
Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia? Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia? Hanya kerana satu sebab.
Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.
“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”
Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.

Kenapa takut untuk ikhlaskan perpisahan itu?

Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:
Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.
Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.
Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan. Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.
Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.
Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.
Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.
Tapi sampai bila?
Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.
Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.
“Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

Jika terus hidup bersama kenangan, memang mustahil untuk kita lupakan dia.

kebahagiaan
Move on. Ubah cara hidup kita.

Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.
Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.
Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.
Hanya kita yang alpa dan terleka.
“Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith kudsi Allah berfirman;
Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

Manusia akan pergi tinggalkan kita juga walaupun sejuta janji manis yang dia berikan.

Walaupun segunung harapan yang dia berikan.
Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.
“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”
“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”

Ingatlah untuk setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersendiri.

Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya. Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.
“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”
Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.
Hanya perlu yakin.
kebahagiaan
Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia. Demi kehidupan masing-masing. Perasaan tak boleh dipaksa

Kita mungkin dipertemukan dengan orang yang salah pada awalnya. Itu untuk mengajar kita jadi lebih dewasa.

Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan. Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.
“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.
Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”
Jadi, macam mana? Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.
Dah boleh redha? Atau masih terpaksa?
Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:

Penutup: Allah telah menetapkan kebahagiaan untuk setiap hambaNya

“Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.
Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.
Kerana memang bukan untuk kita.”
Serahkan hati ini pada Allah. InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.
Hati kita milik Allah. Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.
Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah. Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.






credit to : CikDaa

Tuesday 17 March 2015

Tips Melupakan Bayangan Wajah Seseorang


Bagaimana menghapuskan Rasa Cinta pertama yang menghantui diri?

Rasa cinta tidak mudah dihapuskan.
Apatah lagi cinta pertama. Hal ini memang menyesakkan apabila kita kita berusaha mengatasinya. Apabila bayangannya kembali dalam memori, bahkan sering menghantui mimpi-mimpi.
Malah peluang bersanding juga sudah tiada lagi, apa yang harus dilakukan?
Menangis? Bersedih? Menyesali perkara yang terjadi? Berasa tertekan, sakit hati, kecewa, bahkan berasa mahu membunuh diri?
Saya yakin, hal itu tidak akan kita lakukan.
Mari kita hilangkan rasa kesal yang tiada guna dan kekecewaan tanpa makna.
Memang mudah diucapkan, tetapi bagaimana sekiranya bayangannya masih hadir dan mengganggu aktiviti harian?
Padahal, kita sudah berusaha membuangnya jauh daripada kehidupan.
Abdullah bin Mas’ud menasihatkan, “Apabila kamu kagum kepada seorang wanita (atau lelaki), ingatlah semua kekurangannya.”
Maaf, ini bukannya tajassus atau mencari aib dan mengorek kekurangannya. Ini adalah nasihat supaya kita tidak dipermainkan oleh pesona hati, dan tidak dibuai oleh gelojak nafsu sehingga menjadi permainan syaitan.
Kadangkala, cinta membuatkan mereka yang celik menjadi buta, mereka yang punya telinga menjadi tuli, serta mereka yang mempunyai hati menjadi alpa dan tidak merasa.
Lihat mereka yang sedang asyik berpacaran, biasanya mereka tidak lagi mempedulikan keadaan sekeliling.
Walaupun dilihat oleh orang ramai, mereka sengaja berpura-pura tidak mempedulikannya. Telinga mereka utuh dalam menerima pelbagai teguran dan kritikan.
.

Tidak lagi mahu diganggu bayangan wajahnya

Ya, sekiranya tidak mahu lagi diganggu oleh bayangan wajahnya, sentiasa ingat pada kekurangannya.
Kita lebih tahu memilih dan mengungkap kata-kata demi matlamat itu. Tidak perlu disampaikan pada dirinya, cukup dalam hati sahaja.
Walaupun sebenarnya tidak baik memandang remeh kepada orang lain, namun tujuannya supaya kita tidak leka dan terseksa oleh bayangan wajahnya, dan tidak dipermainkan nafsu yang menggunakan nama cinta.
Kita juga tidak terbuai oleh penipuan si durjana. Kuburkan semua kenangan masa silam, dan jangan mengungkit lagi supaya tidak timbul kesedihan.
Tuliskan diatas sehelai kertas..
Sekiranya kita masih sukar melupakan dia, tulis sahaja namanya pada sehelai kertas. Koyak kertas itu dan katakan kita sudah melupakan dirinya dan membuang jauh bayangan wajahnya.
Ini bukan bagi menunjukkan rasa benci, dengki, apatah lagi dendam. Kita melakukan begitu supaya kita tidak mahu hanyut dalam kesedihan, tidak terseksa dalamkekecewaan, dan supaya kita dapat segera melupakannya.
Sekiranya tidak, bayangannya akan sentiasa hadir dalam kehidupan kita, menghantui setiap mimpi, dan mengganggu setiap langkah.
Pasti kita tidak mahukan begitu, bukan?

Melupakan Kebaikan si dia..

Saya tidak bermaksud menyeru kita menjadi naïf, tidak membalas budi, apatah lagi tidak berterima kasih. Secara logiknya, kebaikan seseorang memang perlu dikenang.
Namun tujuan kita melupakan kebaikan mereka adalah supaya kita tidak dipermainkan oleh bayangan wajahnya, supaya kita tidak berasa, dirinya adalah insan terbaik dan satu-satunya untuk kita.
Dan supaya kita kita tidak mengganggap dia sebagai putera atau bidadari yang tiada tolok bandingnya.
Sehinggakan apabila kita tidak berjaya mendapat cinta dan tidak bernikah dengan dirinya, kita mengalami kekecewaan yang luar biasa. Seolah-olah hilang semuanya.
Ingat, dia juga manusia biasa seperti kita. Allah yang menetapkan takdir supaya dia berbuat baik kepada kita.
Walaupun dia pernah memberikan nasihat berharga, buku-buku, ataupun barang-barang yang sering kita ertikan sebagai tanda cinta dan setia.
Namun sekiranya kemudian, sekiranya perpisahan terjadi, anggap semua itu pemberian biasa daripada seorang manusia kepada manusia yang lain.
Hanya seperti sahabat yang mahu mengukuhkan tali persahabatan dengan memberi hadiah.
Sekiranya hadiah ataupun barang yang dia beri menjadikan kita terseksa dan sukar melupakan dirinya, lebih baik musnahkan semua barang itu.
Ada kalanya terasa berat melupakan dia yang pernah menembus dinding pertahanan hati. Ini mungkin kerana kebaikannya masih terus membayangi langkah kita.
Kadangkala dunia menjadi sempit bagi mereka yang mengalami rasa kecewa dan patah hati, sehinggakan apa-apa yang terhampar di hadapan, tidak dirasakan, Gunung yang tinggi menjulang, terasa rendah, Langit yang luas terbentang, terasa sempit. Apa yang ada hanya bayangan wajahnya.
Padahal dia adalah orang yang kita anggap sebagai kekasih hati sehidup semati, hanya daripada makhluk Allah s.w.t yang sudah ditakdirkan untuk berbuat baik kepada kita. Sudah tertulis dalam takdirNya, dia berbuat begitu.
Adakah salah sekiranya kita terus mengenang semua kebaikan dia? Tentu tidak salah.
Tetapi, sekiranya kita bertekad melupakan dia, lupakan juga kebaikan-kebaikan yang dia lakukan. Apa ertinya kata-kata ‘Saya mahu melupakan awak’, tetapi tiada kesungguhan kearah itu.
Apa ertinya berusaha membuang jauh bayangan wajahnya, tetapi foto-fotonya masih kita simpan, surat-surat, dan mesej daripada dia masih kita jadikan koleksi.
Begitu juga dengan semua pemberian daripada dia.
.

 Jangan membatasi diri pada satu nama

Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai.
Sedangkan orang yang sudah meminang ataupun dipinang pun tidak dijamin menjadi jodoh terbaik. Inikan pula orang yang hanya muncul dalam istikarah atau hanya sekadar kita curi-curi pandang.
Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu. Tetapi yang pasti,  semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak.
 Kita perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi semua kemungkinan. Semuanya perlu dipersiapkan, termasuk persiapan mental.
Kita perlu bersedia menghadapi perkara yang bercanggah dengan harapan.
Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya ada sesuatu menimpamu, sama ada kamu suka ataupun benci, katakana dalam hatimu, itu adalah yang terbaik untukmu..’
Allah s.w.t menjamin akan memenuhi apa yang dipilih untuk kita, bukan apa yang kita pilih untuk diri sendiri, dan pada waktu yang Dia tentukan, bukan pada waktu yang kita mahukan.

Penutup: Pertemuan Yang Menyimpan Hikmah.

Allah tidak pernah lalai. Pertemuan kita dengan dia pasti ada ibrah atau pelajaran berharga. Antaranya:
  • Pertama, kita tidak dibenarkan memutuskan ukhwah dengan dia. Oleh itu, berusaha untuk bersikap wajar dan seimbang.
  • Kedua, Allah mahu melatih mental kita untuk bersedia menghadapi reality
Bukankah pertemuan menjadi seksaan batin apabila tidak dihadapi dengan hati yang dingin? Bukankah perjumpaan membuatkan hati mendidih, wajah pucat, kurang keyakinan diri, bahkan rasa malu yang berlebihan, terutama pada mereka yang dikecewakan?
Lantas, adakah kita perlu memalingkan wajah, bersikap acuh tidak acuh, dan kasar?
Bukankah Allah Maha Lembut dan mencintai kelembutan, dan Rasulullah s.a.w juga orang yang lemah lembut?
Cubalah bersikap wajar, tenang dan seimbang.
Jangan berasa lemah dan rendah, walaupun seakan-akan kamu kehilangan muka, dan tidak berharga di hadapan dia.
Setiap orang melalui masa silam yang berbeza.
Ada yang menyenangkan sehingga membuatkan kita tersenyum apabila mengenangnya. Ada pula yang menyakitkan ataupun memalukan sehingga membuatkan kita berasa resah, rendah diri, sedih, bahkan marah dan geram apabila tiba-tiba terkenang kembali.
Jadikan masa silam sebagai kenangan. Tidak perlu lagi bersedih apabila mengingatinya. Semuanya telah berlalu pergi seiring dengan bergantinya waktu.
Jadikan masa kini sebagai kesempatan bagi mengukir mimpi, meraih prestasi, dan mengoptimumkan potensi yang kita miliki.
Jadikan masa depan sebagai sasaran yang menyimpan sejuta harapan.
Keeps your head up
Pada waktu kita berjumpa dengan dia, walaupun terlintas perasaan malu, rendah diri, bahkan jengkel – jangan berasa diri kita rendah dan lemah!
Tegakkan kepala, dan yakini betapa setiap kejadian termasuk pertemuan kita dengan dia, pasti ada hikmah yang berharga. InsyaaAllah.
Semoga kamu terus kuat saudara-saudaraku! :’)

credited to : Blog Aku Islam

Tuesday 24 February 2015

Filem 'Kingsman : The Secret Service' best gilaaa!

tadi pagi hangout dengan BFF, Stey Zivera a.k.a Ulan Ulala selepas 5 bulan tak jumpa dia. rindu woi! memandangkan aku sekarang kat rumah akak aku kt kempas, so dapatlah aku jumpa bff aku nih. so, pagi tadi kitorang ke City Square Johor Bahru. first jejak kaki ke cs mestilah kena pegi terus ke cinema. hu hu kitorang memang kaki tengok wayang.


actually tak tahu nak tengok cerita apa. tetibe si ulan nihh suggest tengok Kingsman: The Secret Service. mulanya aku taknak lah tengok cerita tuhh sebab rasa macam tak best. penat gak ahh aku pujuk si ulan ni utk tengok cite len sbb aku tak minat cerita aksi. tapi dia nak jugak tengok, so aku ikut je lah memandangkan movie yang lain tu macam lagi tak best je. huhu


kingsman the <a href=


okay melalut ke masalah peribadi pulak aku ni. kita straight to the point je lah sinopsis filem ni ye.



cerita dimulakan bila Harry Hart sedang menyoal siasat seorang tahanan. oleh kerana dia terlalu fokus untuk tahu jawapan, dia tak sedar yang tahanan tu tengah pegang bom. and bapa kepada Eggsy Unwin yang selamatkan semua orang kat situ. dia buat apa? dia peluk lelaki tahanan tu kuat2 sehingga bom tu meletup antara dia berdua je. so, yang mati cuma tahanan tu dengan bapa Eggsy saja.


Ni Eggsy


then, Harry rasa serba salah. dia tak sepatutnya hilang fokus. and dia berjanji akan membalas jasa kepada keluarga Unwin suatu hari nanti.


Eggsy membesar dalam kehidupan yang tidak sempurna lepas bapa dia mati. mak dia kawin lain . and bapa tiri dia tuh jahat. suka pukul orang and suka pukul mak dia. tapi mak dia tak berani mintak cerai sebab nanti geng bapa tiri dia tu akan cari diorang and probably akan bunuh diorang. Eggsy confirm lah tak suka kan? tapi dia tak boleh lari. takkan dia nak tinggalkan mak and adik dia (yang comel) tuh.



tapi diebabkan dia tak puas hati sangat, one day tu dia curi kereta salah seorang gangster tu and larikan diri dengan kawan-kawan diaa. memang dia bawak kereta tu macam orang gila sampai ditangkap pihak berkuasa. kalau korang nak tahu, di sana kalau kita ditangkap pihak berkuasa, dan memang kita bersalah, kita still boleh buat panggilan untuk siapa saja yang kita nak. whether nak call lawyer ke, mak bapak ke, suka hati.



tapi dia call siapa? dia call Harry Hart. sekarang Harry dah tua. tak tua sangat la , dalam lingkungan 40. Harry tu yang nak balas jasa tadi tu. Harry adalah seorang spy yang sangat gentleman. kalau korang tengok suit dia, kasut dia , nampak classy sangat. padahal setiap pakaian tu ada keistimewaan sendiri.


Eggsy dengan Harry



bila Harry dah start percaya yang Eggsy takkan bocorkan rahsia pasal Secret Service tu, dia akhirnya pilih Eggsy sebagai mentee dia. masa tu lah, dia berkenalan dengan mentee yang lain,ada Digby, Charlie, Roxy , Amelia, Rufus dan lain-lain. Charlie ni berlagak sikit, suka membuli.



antara trainee @ mentee dalam Secret Service




masa diorang tengah tidur malam tu, tanpa sedar, diorang dibagi ujian and tugasan. bayangkan la waktu korang tidur ramai-ramai dalam satu bilik, tetiba je air naik sampai ke siling. apa korang buat? time ni semua tak sedar ni salah satu tugasan dari mentor diorang. sambil diorang sibuk selamatkan diri masing-masing, akhirnya Eggsy terpaksa pecahkan dinding kaca untuk limpahkan air tu keluar and diorang selamat.





bila dah berjaya and selamat, Merlin pulak marah diorang. Merlin ni siapa? Merlin ni orang kanan Secret Service, Merlin ni lah yang bagi tugasan tadi tu kat diorang. even diorang semua selamat, diorang lupa satu benda iaitu TEAMWORK. diorang lupa nak selamatkan Amelia and akhirnya Amelia mati. sebab tu Merlin marah.


macam-macam tugasan lah diorang kena buat. siap kena pilih and bela anjing. Eggsy pilih anjing pug. dia ingatkan bulldog. pug ni susah gila kot nak train. setiap tugasan tu, kalau ada yang tak berjaya , akan dihantar pulang dan tersingkir dari Secret Service punya training.



akhirnya dah sampai ke tugasan yang terakhir, tinggal Roxy dengan Eggsy je . diorang kena bunuh anjing yang diorang bela tuh! sedih kan? Eggsy serba salah sebab dia dah sayang sangat kat anjing tu. dia bunuh ke tak? kena tengok sendiri.





sebenarnya kenapa secret service nak cari mentee ni? sebab ada satu kes yang masih lagi diorang siasat. ada seorang lelaki nama dia Valentine, dia ni nampak cool je. tapi otak jahat betul. dia buat apa? dia create satu simcard yang PERCUMA untuk semua orang . apa yang special dengan simcard tu? dapat FREE internet connection woi. tak payah sibuk-sibuk cari wifi hotspot kat mana mana. ramai juga lah yang ambik simcard tu lepas diedarkan secara percuma.


ni pulak Valentine, watak jahat


tapi rupanya simcard tu membawa bencana kepada semua orang.simcard tu sebagai trigger untuk diorang buat something horrible. apa dia? bunuh orang. buat keganasan di merata tempat. even kita baik mana pun, kita still tak boleh control diri. rasa nak bunuh semua orang yang ada kat situ je.
 


Ya Allah, masa ni kejam gila kot. lama gila Harry berlawan dengan semua orang sampai aku rasa gerun nak tengok. scene tikam menikam, rodok pakai parang lah apa lah. part yang ni lagi banyak aku tutup mata . seram je tengok diorang bunuh-membunuh.


disebabkan Harry dah tak boleh bunuh Valentine, (kenapa? tengok sendiri) , akhirnya Eggsy buat keputusan untuk balas jasa Harry pula. dia sendiri yang akan bunuh Valentine dengan orang kuat Valentine iaitu Gazelle dengan bantuan Merlin dan juga Roxy.


oh, kalau korang nak tau, Valentine ada culik macam-macam orang yang tak setuju dengan cara dia termasuklah artis dan presiden.


okay, tu jelah yang aku boleh kongsi. cerita ni memang best, aku nak bagi (berapa bintang yaaa??) 5
 BINTANG !


oh yaa! lagi satu, kalau rasa cam cerita tu dah nak habis, jangan keluar panggung dulu.ada lagi sikit scene dekat-dekat nak habis tu. Eggsy pergi selamatkan mak dengan bapa tiri dia. dia buat apa? dia lakonkan semula apa yang Harry pernah buat dulu.

Saturday 7 February 2015

TUTORIAL : Button Facebook, Twitter dan Instagram di Sidebar Blog

 sekarang ni mood nak bertutorial membuak-buak. orang kata kalau kita ada tahu sesuatu, kita sampaikan lah pada orang lain kan? 
dah klik? thanks..:D hari ni nak buat tutorial untuk letak button facebook, twitter dan instagram di sidebar blog korang.

macam yang korang tengok kat  sidebar fara, ada button seperti dibawah ni :

kalau korang nak macam yang kat atas ni, korang copy je kode di bawah ni..

<center><table border="0"><tbody><tr><td><a href="Link Facebook Korang " target="_blank"><img alt=" Add Me" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhhYqXWVSfqFOgVa_qep3_ZDucQOqWD_PeJeCu1IVuRgC06YCXB5eR5v5OIOQj72LhXXzgaz0Vwj4bGzHCDFoEfNv8HOoiFDuCTCzA2NyC4yTHVLkQJi_E70QLd0OCYzzmT2jTdqvB8tPMs/s1600/Facebook_Button.png" style="width:30px;height:30px" /></a></td><td><a href="Link Twitter Korang" target="_blank"><img alt=" Follow Me" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhH7rlzETWxs_3BAXmv1Le0WNlqhZMJqwJ5CX1E9bVSYGxRw66C9NnCK0kIZsa9gq87rxEtXl0r5-YBhiPnf00jW1at6hEtY5rla0UJ6smJqKExyUgbgP-eIwh87hv8qQ4twA8SYt8FloYG/s1600/Twitter_button.png" style="width:30px;height:30px" /></a></td><td><a href="Link Instagram korang" target="_blank"><img alt=" Follow Me" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjoGKXwRPPeAmt66tsT66GkaV-mLzs5aY7azF2ttcKjc-joomFs5J4axS2R-xpQaitjUyOCdWoZhHaDSdkU-CJK5Dz60FwQhhBYcuAT1F8kX4QQRL7gamxSZS1OM3YPM4mZK0CX1i3eCmTC/s1600/Facebook_Button.gif" style="width:30px;height:30px" /></a></td></tr></tbody></table></center


tukarkan link yang berwarna tuh dengan link facebook, twitter dan instagram korang :)


Kemudian, Copy Paste jer dekat  HTML/ JavaScript  yer

Caranya:- Pergi Layout> Add Gadget > HTML JavaScript 

Okey selamat mencuba. if ada persoalan boleh tanya :)
 if sudi boleh tolong klik banner 'nuffnang' fara kat atas tu ya . TQ :)


TUTORIAL : Lebarkan Saiz Post Body untuk Denim Template

memandangkan Fara pakai denim template untuk blog fara, jadi hari ni fara nak ajar cara untuk lebarkan saiz post body untuk denim template sahaja. for those yang pakai simple template senang je nak tukar kelebaran just Log in to blogger > Layout > Template Designer > Adjust Width sahaja.
tapi bagi mereka yang menggunakan Denim Template macam fara, nak adjust kelebaran kena bermain-main dengan code html. mula-mula rasa agak leceh, tapi lama-lama dah okay :)
cara-caranya:
1) Log in to blogger
2) choose 'Template'
3) Edit HTML
4) Search code dibawah ni. untuk memudahkan pencarian, tekan CTRL+F serentak :
#content-wrapper

5) Dah jumpa kode ? okay sekarang tengok kode ni :

width: 950px;
  margin: 0 auto;
  padding: 0 0 15px;
  text-align: $startSide;
  background-color: $mainBgColor;
  border: 10px solid $borderColor;
  border-top: 0;
}

okay, pada bahagian width tu, korang tukar la dengan saiz yang korang nak okay. pastikan korang Preview Template dahulu. kalau menjadi , baru Save template.
If tak menjadi jugak , dialu-alukan untuk bertanya di ruangan komen :)

GiveAway L'Oreal Paris by Ayue Idris


Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : Fara Syuhaiba
instagram id : @faraschuu


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 




Friday 6 February 2015

TUTORIAL : Letak gambar 'Assalamualaikum' atas post

kali nihh saya nak buat tutorial untuk letakkan gambar assalamualaikum di atas entri. macam yang korang nampak kat atas post saya nih, saya dah setting gambar ni akan muncul di setiap entri, macam mana nak buat? okay ni caranya:
1) Dashboard > Settings
2) klik 'Post and Comments'
3) Pada bahagian Post Template tekan 'Add'.
macam dalam gambar ni :

4) Lepastu masukkan code ni :
<center><img src="URL GAMBAR"/></center>
5) Then, just masukkan URL gambar yang korang nak.
Kalau malas nak edit gambar sendiri boleh pilih di SINI atau SINI ,saya suggest blogger yang ada buat freebies untuk gambar assalamualaikum ni :)
6) Now dah boleh klik 'Save Setting' . senang kan?:)

TUTORIAL : 1 Page untuk 1 Post

Harini saya nak ajar cara-cara untuk limitkan satu page untuk satu post. apa tuh?
 tak paham?


Okay cer tengok blog fara nih, satu page ada satu je post. so, untuk korang yang 
rasa rimas sebab banyak sangat post dalam 1 page ,
 nih fara sediakan cara-caranya :)


1) Log In > Dashboard > Settings


2) Click 'Post and Comments' (untuk template blogger baru)


3) Dalam kotak 'Show at Most' , tukar bilangan kepada 1.


camnih:




haa lepastu save setting je. senang kan? lepas ni tak ada lah serabut sangat 
dengan post bebanyak dalam satu page. :)
selamat mencuba.

Thursday 5 February 2015

Cara Memperolehi Ketenangan Jiwa ♥



 
Sahabat-sahabat para pembaca semua. Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda, 10 Cara Bagaimana Untuk Mendapat Ketenangan Jiwa, terutamanya khusus bagi mereka yang merasakan hidup mereka tidak tenteram dan tidak tenang.



Ketahuilah bahawa, agama kita, ISLAM ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan. Berikut adalah perkara-perkara atau langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa.






1. Membaca dan mendengarkan al-Quran



2. Menyayangi orang miskin

Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.
Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:
“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”
Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan.
Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.

3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas

Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.
Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.

4. Menjaga silaturahim

Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.
Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.

5. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“
Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.
Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.


6. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit

Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.
Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.
Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.


7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah
Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.
Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.


8. Tidak meminta kepada orang lain

Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.
Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.


9. Menjauhi hutang
Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:
“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”
Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”
Sabdanya: “Kerana hutang.”
Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.
Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan:
“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”


10. Selalu berfikir positif
Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.
Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.
Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?


Sumber Rujukan : Tulisan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh


Saya harap artikel ini sikit sebanyak memberikan panduan kepada mereka-mereka yang bermasalah dalam mencari ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup, insyaAllah.